Isnin, 2 Mac 2009

HUJAN MASIH TURUN

Pagi ini cuaca agak mendung, Paman tidak kemana-mana kebetulan sedang menyiapkan surat-surat untuk urusan permohonan kerja Muhammad Faiz untuk jawatan Juruteknik Pendawaian di JKR negeri Kedah.
Paman cuba menghubungi Cu untuk mendapatkan tandatangan pengesahan sijil dan dokumen yang berkaitan dengan pemohonan jawatan. Rupa-rupanya Cu sedang berada di Perak kerana sedang melapurkan diri untuk dipindahkan ke Ipoh Perak. Untuk maklumat Cu sebelum ini telah dipindahkan ke Perlis pada bulan Ogos 2008 tidak sampai setahun ia dipindahkan pula ke negeri Perak.
Selesai surat-surat ditaip Paman keluar rumah kerana hendak mengambil Shukri balik sekolah, tiba-tiba hujan lebat dan angin kuat, Paman terpaksa berhenti di perhentian bas maklumlah Paman keluar dengan motosikal. Melihat keadaan hujan yang tidak mukin teduh Paman terus mengambil Shukri dan terus balik dengan keadaan basah kuyup.
Ketika Paman menaip di Blog Warkah Keluarga ini jam menunjukkan pukul 6.30 petang keadaan hujan masih belum reda. Suasana begini mengingatkan Paman semasa di kampung dulu Embah selalu rebus ubi keladi cicak dengan kelapa manis. Enakeaaa.....Jumpa lagi.

Tiada ulasan: