
Kakak Nurul, petang ni hujan turun lebat. Kebetulan Shukri baru balik dari sekolah Agama. Sampai sahaja di rumah tidak beberapa lama kemudian hujan pun turun dengan lebatnya.
Shukri terus tukar pakaian dan pergi di belakang rumah untuk bermain hujan. Seronok rasanya apabila dapat bermain dengan hujan pada petang itu. Semasa tinggal di Kuala Lumpur dahulu mana ada masa nak main hujan. Hujan di Kuala Lumpur hujan berasid. Hujan di sini airnya bersih dan menyejukkan.
Lama juga shukri main hujan. Sampai nak dekat Magrib baru berhenti. Sejuknya bukan kepalang tetapi sungguh menyeronokan. Kalau kakak masih budak-budak lagi mesti kakak pun nak 'join' sekali. Hehe.
Untuk pengetahuan kakak, saudara kita (anak buah Abah, Nyah sekeluarga) nak datang rumah kita pada 16 Mac 2009 ni. Kalau kakak ada masa bolehlah balik. Kebetulan masa tu cuti sekolah. Pada hari kepulangan kakak, bolehlah Umi menjamu kakak dengan kari itik yang sungguh enak dan menyelerakan. Akhir kata, semoga kita berjumpa lagi.
Shukri (9.30 pm, 4 Mac 2009)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan