Jumaat, 27 Februari 2009

HUJAN DAN KATAK


Sudah tiga bulan kampung Paman tidah hujan. Malam tadi hujan turun dengan lebatnya selama lebih kurang satu jam bermula jam 8.30 malam sehingga pukul 9.30 malam.

Bila hujan begini Paman tidak kemana-mana, selalunya bila cuaca baik lepas Isyak baru Paman balik ke rumah dari Masjid atau ceramah di sekitar Pokok Sena. Kebetulan pada masa ini ada program ceramah sempena Ekspo Pertanian dan Produk Halal anjuran PAS Parlimen Pokok Sena. Program ini bermula pada 25 Febuari dan berakhir pada 28 Febuari 2009.

Subuh tadi Paman keluar rumah pukul 6.15 pagi pergi ke Masjid solat subuh, pagi ini dingin sekali tidak seperti hari biasa. Seperjalanan ke masjid hanya kedengaran bunyi suara katak yang tidak henti-henti meraikan kehadiran waktu pagi yang akan tiba.

Apabila sebut pasal katak inilah juga menyebabkan keadaan Negeri Perak dalam keadaan tidak menentu. Apa tidaknya kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat dengan cara yang sah telah dirampas oleh Gengster dan mereka telah menubuhkan kerajaan baru yang mereka dakwa disokong oleh tiga ekor katak puru yang melompat dan menyokong mereka.

Cerita katak ini akan terjawap pada malam ini dengan kehadiran Menteri Besar kita yang sah Dato Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato Husam Musa, mereka akan berceramah dan mengupas isu-isu semasa. Program ini akan bermula pada jam 9.00 malam. Semua dijemput hadir.

Tiada ulasan: