Pada 26 Jun 2009 bersamaan hari Jumaat kemungkinan saya dan keluarga akan pulang ke Sitiawan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak abang saya yang bongsu. Majlis diadakan di Sungai Tiram Lekir Sitiawan pada hari Sabtu.
Selepas majlis itu kami akan menziarahi keluarga yang lain dan sahabat-sahabat yang telah lama tidak berjumpa terutamanya kawan sepermainan dan juga sedarjah. Mungkin ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama.
Kemudian kami akan ke rumah kami di Hulu Langat yang telah saya tinggalkan kerana telah bersara dari jawatan kerajaan. Rumah ini saya telah serahkan kepada anak saya yang sulung untuk menjaganya.
Sekiranya ada sahabat yang ingin berjumpa dengan saya di sana bolehlah datang. Kemungkinan saya akan pulang ke Kedah pada hari Khamis 30 Jun 2009.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan