Selasa, 25 November 2008

NASTOLGIA ZAMAN KANAK-KANAK

Photobucket

Gambar hiasan: Basikal tua

Masa yang silam sudah berlalu, zaman yang kita lalui pastinya membawa kenangan yang mendalam dalam kehidupan kita. Zaman kanak-kanak amatlah menyeronokan buat kita. Menolong ibubapa di kampung adalah lumrah bagi kami kanak-kanak di kampung, terutamanya bila cuti sekolah bermula.

Bapa saya berkerja mengambil upah membersihkan kebun kelapa dan pisang di samping menjaga kebunnya, itulah mata pencariannya membesarkan anak-anak hingga menjadi manusia yang berguna.

Ke kebun berbasikal adalah kenderaan penting pada masa itu, motorsikal memang tidak ada yang saya lihat atau mungkin jarang ditemui. Biasanya ke kebun, jalannya memang tidak selesa dan berlopak-lopak terutamanya masa hujan,sukar untuk bapa saya mengayuhnya hingga ke kebun dari jalan besar. Bapa saya akan tuntun basikal sampai ke kebun yang jaraknya hampir 500m. Saya biasanya duduk di depan, emak tolak basikal dari belakang.

Berkerja hari Sabtu amat menyeronokan kerana dapat singgah pekan Sabtu Batu 10, biasanya bapa akan belanja belikan apom balik dan pesembur mamak buat saya. Apom balik masa itu cuma 15 sen sekeping.

Kami selalunya sampai di rumah dalam pukul 12.30 tengah hari dan makan tengah hari pukul 1.30 petang setelah emak siap memasak. Emak masak resepi segera,nasi lauk pindang dan rebus jantung pisang berserta sambal belacan.Masakan emak amatlah menyelerakan buat diri saya kerana ibu menjaga kita dengan penuh kasih sayang.

Tiada ulasan: