

Di atas menunjukkan rumah Tok Mudin.
Nurul, hari ini iaitu pada 24 Nov. 2008, abah dan umi pergi ke Santap Jabi untuk menghantar adik bersunat. Kami sampai pada pukul 8.00 pagi.Ketika itu sudah dah ramai kanak-kanak yang telah tiba.Manakala Tok Mudin sudahpun memulakan tugasnya seawal 6.00 pagi selepas solat subuh.
Adik dapat nombor giliran no.65. Semasa kami sampai, sudah 14 orang kanak-kanak telah berkhatan dengan selamat dan tiada seorang pun yang menangis. Tok Mudin menjalankan tugas berkhatan secara tradisional dengan mengenakan bayaran RM 40.00 ringgit.Manakala, bagi anak-anak yatim bayaran yang dikenakan cuma RM 10.00 sahaja.
Dianggarkan kanak-kanak yang hadir berkhatan untuk satu hari sekitar 100 orang untuk disiapkan pada pukul 11 pagi. Adik selesai berkhatan pada pukul 10.30 pagi. Pada waktu petang, Tok Mudin terpaksa bertugas di luar mungkin kerana telah membuat temujanji.
Sejak cuti sekolah bermula, kehadiran kanak-kanak tidak putus-putus dengan dibawa oleh ibubapa mereka. Abah merasa lega apabila melihat adik kelihatan tenang sahaja bila keluar dari bilik berkhatan. Adik ada memberitahu kepada abah bahawa sempena Hari Raya Haji nanti kak Nurul pulanglah ke kampung untuk melihat keadaan Shukri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan