Jumaat, 9 Mei 2008

UMMI DAN REBAN AYAM

Umi sebok menyiapkan reban ayam di belakan rumah. Cuti sekolah ni pakat baliklah ada kenduri kawin anak Pak Ndak. Buah dukong sudah berbuah, lebat sunggoh buahnya, mungkin bulan Julai - Ogos baru masak.
Doakan semogga buahnya lekat semua bolehlah kita pakat makan. Kawan-kawan yang kenal kami, pakat mailah sama no. Ayam kampong tu bolehlah abah sembelih, buat gulai rebong atau keladi, ulam kadok dan sambai cabai padi. Kawan abah kat pejabat dulu (Dolah) kata"Bbah Mak aii" tentu pakcik Nan tegelak bila baca tulisan ni.
Balik nanti jangan lupa bawa komputer lama tu abah nak upgrade. Satu komputer tak cukup pakat berebut. Berhati-hati dijalan raya, Samy dah tak ada, tol ada mahal juga ka?. Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah jalan dah Kelia(orang Kedah kata) semoga hampa selamat sampai.

"KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"

Tiada ulasan: