Sabtu, 10 Mei 2008

HUJAN YANG TURUN...

Sudah seminggu hujan turun. Penduduk di sini tidak pergi menoreh, maklumlah pokok basah, lagi pun kalau menoreh pagi, tengah hari hujan tak sempat getah beku. Abah bila hujan jarang keluar ke pekan Pokok Sena.

Abah berada di TIBLA Media Corner (bilik bacaan kita di bawah tu la) untuk menyiapkan blogger yang selalu abah siarkan. Seronok juga dapat menyirkan kepada umum kepada siapa yang suka melayarinya. Semasa abah menyiapkan blogger, Umi menyediakan bubur kacang campur jagong kegemaran abah, sedappp. Seronok juga bila sesuatu yang abah buat dapat keluar, maklumlah abah taklah pakar sangat. Abah tak boleh disamakan dengan mereka yang ada sijil IT.

Walau bagimanapun apa yang kita lakukan yang penting kemahuan dan minat. Kembangkan kecekapan kita, dan apa pun yang ingin kita lakukan itu pelajari dengan teliti dan berusahalah hingga menjadi mahir. Dengan demikian kita boleh menekan sekecil mungkin perasaan rendah diri itu. Kita harus mencuba dan terus mencuba, kawan abah kata" Bodoh boleh diajar, malas tinggallah kita. Jika di pejabat bila boss suruh buat benda yang baru, kita harus berusaha melakukannya,jangan kata" asyik aku je" tentu Hashim Mud baca dia akan senyum, InsyAllah kita akan berjaya. Magrib hampir tiba, Sekian saja jumpa lagi.


Tiada ulasan: