Isnin, 12 Mei 2008

GENAP 11 TAHUN

Jam menunjukan pukul 5.45 pagi, abah dah keluar ke Masjid untuk menunaikan solat subuh di Masjid Sungai Durian. Penoreh warga Patani sedang sebuk menjalankan tugasnya di kebun getah yang berhampiran. Entah pukul berapa mereka memulakan tugas hariannya. Kita masih lena dibuai mimpi yang indah belaka.

Selesai solat subuh abah sempat singgah di warung kopi berhampiran rumah Keda yang mana sahabat kita yang baru meninggal semalam. Kami bebual berkisar soal tugas masing-masing, harga barangan harian dan jua majlis perkahwinan pada cuti persekolahan akan datang ini.

Hari ini adalah "Hari ini dalam sejarah" bagi abah kerana dapat berkursus di luar negara selama 3 bulan. Hari ini genaplah 11 tahun abah bertugas di sana. Banyak pengelaman dan kenangan manis yang dapat abah alami. Bukan semua kakitangan Jabatan dapat peluang ke sana, inilah rezeki abah.

Ragam dan sikap manusia di mana tetap sama, cuma yang memberbezanya cuma budaya. Alhamdulillah mereka di sini banyak membantu abah menyiapkan kursus amali yang telah diberikan pada abah. Banyak pendedahan yang abah perolehi dalam soal budaya keja berpasukan dan ketekunan mereka bila menjalankan tugas.

Kita sepatutnya lebih kehadapan dari mereka kerana apa yang kita lakukan dengan sempurna serta iklas akan dikira sebagai amal soleh. Tepuk dada tanyalah iman. " Sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang mereka seru selain Allah" (maksud Al-Ankabut: 42).

1 ulasan:

anak mu berkata...

pandainya abahku buat karangan.... rajinnya...