Sabtu, 17 Mei 2008

TERATAK SUDAH SIAP

17 Mei 2008
Abah baru saja membersehkan teratak (pondok) di depan rumah yang baru disiap tadi. Cuaca hari ni panas, abah lihat orang di sini baru saja balik dari menoreh getah. Sudah seminggu dapor mereka tak berasap kerana hujan yang berterusan.

Apabila dapur tak berasap, mulut mereka pula yang berasap, susah nak berenti agaknya. Sekiranya sebulan tak menoreh tentu kepala pula yang berasap. Bini mereka lebih suka dapur berasap dari mulut yang berasap. Pakat berentila noo, rokok pun dah mahal.

Orang Hulu Langat kata" Hisap rokok baik sikit dari hisap asap moto" . Bila bini depa bising, pak hang misti faham. Bila dah penat kena leter jangan pulak anak pakat cucoh dengan api. Bila dah keluar api semua pakat lari. Pak hang pakat berentilah, pelan-pelan, mak hang kena banyak sabak. Depa habak kalau nak berhenti merokok "Ambik daun kadok buboh sedikit gula kabong lipat dan kunyah sampai lumat kemudian telan selama seminggu". Hasilnya tentu sendiri yang tahu. Sekiranya tak baik juga ulang dan terus ulang hingga berjaya.

Abah dan Umi tengah rehat sambil bergurau dengan Shukri. Al-maklumlah, budak kampung jarang pakai baju, panas. Abah jarang panas, Umi adalah penyejuk hati abah. Jumpa lagi, baliklah kampung cuti ni,Umi dah rindu kalian.

(Cerita ini hanya untuk kami sekeluarga, bila hampa baca, bab rokok jangan marah noo)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa ni.. mana baju? dah jadi org kampung tulin. hehehehe.........