Khamis, 7 Oktober 2010

BASIKAL TUA

Apabila melihat basikal tua teringat aku pada aruah bapak. Kami mengunakan basikal untuk pergi berkerja di sawah di kampung Batu 14, Lekir menghala ke jalan Kayan.

Emak duduk di belakang manakala aku duduk di depan berlapekkan kain. Kami bertolak dari rumah selepas subuh dan sampai ke sawah lebih kurang 1 jam. Jarak perjalanan dari rumah 4 batu.

Umur aku masa itu baru 6 tahun belum bersekolah lagi.
Masa itu mana ada Tadika, yang ada kelas dewasa, bapa aku pernah mengikutinya tetapi sekejap saja dah cabut.

Seingat aku mengikuti aruah bapak tidak pernah tayar basikal kami bocor. Jika bocor jalan kaki le jawapnya, jauh juga jaraknya, cuma ada satu saja kedai basikal di kampung kami ia itu di Batu 10 milik pekedai Cina yang bernama Ah Kim.

Masa itu jika ada basikal kecil bagus juga boleh ronda sekeliling kampung. Kebanyakan orang kampung tidak mampu memiliki lebih dari satu, yang mampu itulah basikal tua.

• Atas: Masih ada orang kampung menggunakan basikal di Bukit Lala.
• Tengah : Mengangkut rumput guna basikal di kampung Bukit Lala.
• Bawah: Anak saudara isteri ‘Irfan’ bermain di halaman rumah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Tiada ulasan: