ALOR SETAR 24 Dis. 2009 - Seramai 1,736 pelajar daripada keseluruhan 35,155 calon sekolah Kementerian Pelajaran di negeri ini berjaya mendapat semua A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang keputusannya diumumkan hari ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Shahidan Abd. Rahman berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 198 calon mendapat 9A; 1,369 calon mendapat 8A dan 169 calon memperoleh 7A.
Katanya, pencapaian gred purata negeri bagi tahun ini pula menunjukkan peningkatan sebanyak 0.048 kepada 2.878 berbanding 2.926 pada tahun lalu.
''Peratus penguasaan tahap mimimum dalam semua mata pelajaran pada tahun turut meningkat sebanyak 0.37 peratus kepada 58.22 peratus berbanding 57.85 peratus pada 2008,'' katanya di sini hari ini.
Shahidan berkata, sebanyak 10 mata pelajaran daripada 15 yang ditawarkan menunjukkan peningkatkan peratusan pencapaian pada tahun ini. - Utusan
Add to Google

Tiada ulasan:
Catat Ulasan