Sabtu, 29 Ogos 2009

MEE SOTO

Cucu Haji Madiu gemar sangat makan soto, anak Suratman (2 orang kiri) dan anak Kamsiah


1 ekor ayam, dibelah 2
2.5 liter air
3 camb minyak
5 cm lengkuas } dititik
2 batang serai }
2 kuntum bunga lawang, 2 kelopak ditumbuk
12 kuntum bunga cengkih
¾ camt serbuk pala
15 ulas bawang merah } dihiris & digoreng berasingan
5 ulas bawang putih } sampai perang
1 camt serbuk lada hitam
gula & garam secukupnya
Bahan sampingan
300 g taugeh, dibuang ekor & dicelur
300 g nasi impit, dikiub
500 g mee kuning
6 tangkai daun bawang} dihiris
6 tangkai daun sup }
2 keping tauhu, digoreng & dihiris

Bahan pergedel
300 g daging, dicincang
700 g kentang, direbus, dikupas & dilecek
1 biji telur, dipukul
¼ camt serbuk lada hitam
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Sos Cili Padi
8-10 biji cili padi } dikisar
2 biji cili hijau }
3 camb kicap manis
garam & gula secukupnya

Cara membuat:
1 Jerang ayam dengan air hingga hampir mendidih.
2 Panaskan minyak, tumis lengkuas, serai, bunga lawang dan bunga cengkih selama 1 minit.
3 Tuang bahan goreng ke dalam air tadi. Bubuh pula serbuk pala, garam dan gula. Biar hingga
menggelegak dan ayam masak.
4 Angkat ayam, siatkan isinya. Masukkan semula tulang ke dalam sup. Bubuh 1/3 bawang merah goreng dan serbuk lada hitam. Biar menggelegak selama 10 minit lagi.
5 Kemudian ketepikan tulang ayam. Tambah garam jika perlu.
6 Untuk menyediakan pergedel, satukan semua bahan-bahannya. Jemput sedikit adunan, bentukkan bulat dan leperkan sedikit.
7 Panaskan minyak, goreng pergedel hingga keperangan dan masak.
8 Untuk membuat sos cili padi, campurkan cili kisar dengan kicap, sedikit garam dan gula.
9 Untuk menghidangkannya, bubuh nasi impit dengan suun dan mee ke dalam mangkuk. Letak isi ayam, taugeh, daun bawang, daun sup dan tauhu.
10 Curahkan sup kemudian taburkan bawang merah dan bawang putih goreng.

Tiada ulasan: