Isnin, 10 Ogos 2009

HARI-HARI YANG PERNAH DI LALUI

DALAM KENANGAN / MASA BERKERJA DI LGM - ULANG ALIK KE HULU LANGAT SEJAUH 50KM

Hari ini genaplah dua tahun kami telah berpindah ke Pokok Sena Kedah. Kami berpindah dua minggu sebelum menyambut Ramadhan 1428. Semasa berkerja di Lembaga Getah Malaysia (LGM) Jalan Ampang, video di atas menunjukkan jalan-jalan yang pernah saya lalui ketika berulang alik ke tempat kerja ke Hulu Langat sejauh 25km.Dari pejabat LGM 260 Jalan Ampang bersebelahan Cina Chember ke Hulu Langat ikut jalan bukit terus bertemu ke Pekan Batu 14 (semasa diatas bukit jangan masuk kiri, jalan ini hendak ke Taman Tasik Tambahan) teruskan perjalanan.

Dari pekan Batu 14 belok kiri teruskan perjalanan lebih kurang 3 km berenti dan belok masuk kiri ada papan tanda besar tertulis Darul Hidayah, bersebelahan dengan Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua (IKBN). Masuk terus ke dalam 500 meter. Rumah pertama sebelah kanan itulah rumah saya.
Saya tinggal di sini bulan Mei 1986. Pada masa itu air dan letrik masih belum ada terpaksalah ambil air sungai dan pakai pelita. Apabila hari hujan jalan licin dan sukar untuk dilalui kenderaan, terpaksalah mengharungi lecah dan selut.
Kenderaan yang saya gunakan masa tu hanya motocup chai. Penghuni di sini yang saya ingat hanya lima orang termasuk saya. Mereka adalah Maas, Rostam, Mustafa Sirat dan Haji Ahmad.

Tiada ulasan: