Satu kejadian yang amat menyayatkan hati telah belaku di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nanas, Pontian pada 1 June 2009. Seorang bernama Tahir bin Zainal (41) telah mati apabila diparang oleh adik kandungnya sendiri pada jam 1.40ptg semalam. Kejadian dikatakan berpunca daripada masalah perebutan dan pembahagian pusaka Allahyarhamah ibu mereka.
Tahir Bin Zainal, yang dikatakan tidak berpuashati, telah pergi ke rumah pusaka tinggalan Allahyarhamah bersama isterinya dan cuba membuka pintu namun tidak berjaya. Beliau kemudiannya balik kerumahnya yang terletak lebih kurang 50 metre daripada tempat tersebut dan membawa bersamanya kuku kambing (sejenis senjata tangan). Beliau kemudian dilihat cuba memecah masuk rumah pusaka tersebut.
Perbuatan beliau dilarang oleh abang dan adik beliau yang datang bersama dengan isteri masing-masing. Lalu berlaku pergaduhan apabila si adik cuba menghalang. Menggunakan kuku kambing tersebut Tahir cuba menyerang adiknya.
Si adik terus lari kerumahnya dan datang kembali dengan parang dan tanjak kelapa sawit. Apabila abangnya Tahir cuba menyerang beliau sekali lagi, si adik lantas melibas parang tersebut yang terkena ke bahagian belakang Tahir. Beliau terus rebah dan kesakitan akibat kecederaan.
Si adik tadi kelihatan menyesal dengan perbuatannya terus memangku abangnya Tahir sambil menangis kesal. Bagaimanapun Tahir tidak dapat diselamatkan dan mati dipangkuan adiknya. Jenazah dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.
Kita juga perlu ingat bahawa pertengkaran, pergaduhan dan pertikaian mengenai harta pusaka akan menyebabkan roh ibubapa kita tersiksa. Sedangkan yang mereka harapkan daripada kita adalah doa seorang anak yang soleh yang insyallah boleh membantu mereka dialam barzakh itu. Namun apa yang mereka terima adalah penyiksaan atas sikap tamak anak-anak.
Sebagai iktibar dan pengajaran untuk kita, hendaklah kita membuat wasiat bagi harta kita walaupun tidak banyak. Ini akan dapat mengelakkan daripada berlaku salah faham dan pertikaian perebutan pusaka bila kita tiada kelak. Bagi yang tidak tahu menulis wasiat, sudah banyak agensi dan pakar yang menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan