Hampir seminggu Paman tidak menulis di dalam blog disebabkan komputer rosak kerana disambar petir, kemudian diikuti dengan modem yang tidak berfungsi.
Banyak perkembangan terbaru yang berlaku tidak dapat Paman ikuti dan ketahui. Misalnya pengantungan dua akhbar lidah rasmi PAS dan PKR selama tiga bulan. Setelah komputer siap dibaiki, terdapat masalah lain pula yang timbul iaitu banyak gambar-gambar dalam blog Paman telah hilang.
Dalam masa Paman meneliti gambar dalam arkib simpanan, Paman terjumpa gambar yang menarik untuk dimasukan dalam blog Keluarga untuk tatapan kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan