Selasa, 28 April 2009

CARI KERANG DI TANJUNG KEPAH

Pemandangan di tepi pantai Tanjung Kepah Lekir, Sitiawan Perak.
@ tiblakedah.blogspot.com
Sudah lama saya tidak balik menjengok kampung semenjak bersara di Jabatan Kerajaan. Saya kira sudah dua tahun tidak balik bertemua orang kampung di Lekir, tempat saya dilahirkan. Ramai kawan-kawan yang sama-sama belajar dahulu tidak pernah berjumpa maklumlah kebanyakkannya berkerja di Kuala Lumpur dan juga di tempat-tempat lain, ada juga yang telah meninggal dunia.

Semasa di Kuala Lumpur pun jarang bertemu disebabkan kesuntukan masa bersama keluarga atau ada program yang patut diikuti. Apabila sudah besara pindah pula jauh dan bukan balik ke tempat asal.

Masa di kampung dulu tempat kami berkumpul adalah di dewan orang ramai atau di sungai tempat kami mandi dan berenang sambil menangkap ikan. Pada masa itu ikan amat mudah diperolehi hanya dengan menangkap mengunakan tangan. Ikan berkeliaran dalam lubang-lubang di tepi sungai.

Hari minggu kami suka ke tepi laut mencari kerang. Kerang mudah diperolehi di Tanjung Kepah yang terletak 4 km dari kampung kami. Kami cuma sediakan guni dan papan sekeping yang diikat bersama tali, untuk menarik kerang yang telah penuh di dalam guni untuk diangkut ke tepi pantai.

Saya selalu mengambilnya seguni saja (guni tepung) disebabkan tidak mampu membawnya banyak. Seguni kerang amat berat bagi saya, maklumlah kenderaan yang popular masa itu hanya basikal. Boleh di katakan tiap-tiap minggu kami pergi ke sana, sekiranya kami tidak mengutip kerang kami mengutip belangkas sambil berkelah bersama kawan-kawan.

Tiada ulasan: