45,000 pekerja kilang diberhentikan sementara
KUALA LUMPUR 18 Jan.2009 - Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina hujung bulan ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan