Jumaat, 23 Januari 2009

SAMBAL RESEPI IBU

Ikan bakar dan ulam-ulaman memanglah pasangannya sambal belacan. Penambah selera turun-temurun ini yang mudah dibuat dan murah belanjanya sememangnya membuka selera apabila dicecah dengan ikan goreng, ikan bakar, ulam-ulaman seperti , daun kadok pucuk ubi rebus, bendi rebus dan sebagainya.

Biasanya sambal belacan yang dibuat arwah ibuku dicampur dengan , asam jawa atau belimbing buluh. Rasanya yang pedas masam membuatkan saya berselera makan apatah lagi bila ada masak lemak nangka dengan ikan masin.

Arwah ibuku selalunya, belacan akan dibakar atau digoreng tanpa minyak sehingga garing sebelum ditumbuk bersama cili padi segar, gula, dan air asam jawa (kadang-kadang arwah ibuku bubuk belimbing buloh). Sungguh menyelerakan bila makan bersama keluarga.


Get this widget Track details Keagungan Tuhan

Tiada ulasan: