Johari Jaafar Sun Dec 14, 2008 1:19:10 pm
MANJONG, 14 Dis (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama isteri Datin Seri Fatimah Taat menghadiri majlis korban di dua tempat di Pasir Panjang pada hari kedua Aidiladha.
Majlis korban yang pertama diadakan di Masjid Kampung Sitiawan di mana Menteri Besar sendiri menyembelih dua ekor lembu dan menyampaikan ucapan sempena Aidiladha di masjid tersebut. Majlis yang kedua dijalankan di Surau Kampung Lekir Batu 15, Kayan dan Menteri Besar turut juga menyembelih seekor lembu sebagai korban.

Hadir sama pada majlis qorban dan di situ ialah Dato' Ngeh Koo Ham selaku Adun Sitiawan. Ngeh Koo Ham bersama orang ramai turut mendengar tazkirah di dalam surau dan melihat kali pertama dalam hidupnya lembu disembelih dan ia dilakukan oleh MB sendiri.
Ngeh melahirkan rasa 'takjub' melihat keberanian dan kemampuan Mohammad Nizar menyembelih lembu. Ini kerana menyembelih binatang ternakan bukan boleh dilakukan oleh semua manusia kecuali yang benar-benar berani sahaja boleh melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan