Ahad, 14 September 2008

REHAT MENYAMBUT RAMADHAN

Sejak mula menyambut puasa hinggalah 12 Ramadhan, kami penduduk di sini tidak dapat menoreh, di sebabkan hujan yang berpanjangan dari seawal pagi hinggalah membawa ke malamnya.

Hujan turun bermula pada awal pagi, tengah hari, petang dan malam menyebabkan kawasan yang rendah di tengelami air. Kami penduduk sini kebanyakannya berkerja sebagai penoreh getah dan pesawah terpaksa berehat sementara.

Hari ini 12 Ramadhan baru saja kami memulakan tugas kami menoreh besok belum pasti, begitulah ketentuan Allah kepada hambanya. Harga getah RM 4.50 - 4.70 sekilo, yang ada satu ekar kebun getah bolehlah memperolehi RM 100.00 sehari.

Kita hanya berusaha, Allah jua yang menentukannya. Jangalah berduka cita kerana rezeki tetap ada bersabarlah dan berdoalah, gantikan yang hilang itu dengan keberkatan, Amin.

Tiada ulasan: