Sabtu, 3 Mei 2008

SELAMAT DATANG, CERITA SAYA DAN DEPA

Selamat datang ke rumah kami cuti sekolah ni, pakat maila no. Cuti sekolah 24Mei - 8Jun 2008. Lani Kedah dah twocar2ba (saya buat email pada 2004 :twocar2ba@yahoo.com). Alhamdulillah menang. Allah nak bagi menang macam-macam caranya, yang penting kita terus kerja.

Mereka kalah sebab rakyat tak suka, penyebab je. Saya sangat bersyukor sebab setelah bersara Mei 2007 BA dapat perintah Kedah (tempat saya dudok lani, Dun Bukit Lada dan Parlimen Pokok Sena). Pas menang di Hulu Langat (tempat saya menggundi). MB Perak menang (tempat teman lahir) dan bila saya pindah kat sini jalan tar sampai kat rumah(buat pada 1.10.2007 sempena hari lahir saya ke 51). Inilah yang Nikmat tuhan banyaklah bersukor.

Masa 34 tahun dulu masa saya cerita PAS dengan kawan-kawan sepejabat mereka pakat gelak apa U dapat.Duit habih, Pilihanraya bagi duit, ceramah bagi duit, dah menang pun bagi duit itulah bezanya kami dengan depa.

Masa saya kerja dulu saya suka buboh gambak Tuan Guru Nik Aziz dengan saya kat meja saya depa senyum sinis. Satu hari tengah saya leka buat kerja di bilik 13 UPB bahu saya dipegang dari belakang. (depa kata jangan pandang belakang ?). Bila saya paling muka saya tesentak dia adalah Dr. Ong Pengarah saya, dia senyum dan terus kata "good, Nik Aziz ! " bila dia jumpa saya dari jauh dah senyum dan angkat tangan.

Saya suka kat dia, Dr. Ong ni bila beri hadiah atau sijil penghargaan kepada kakitangan, bila giliran kakitangan wanita Islam, dia tak salam sebab lepas bagi, tangan dia letak kat belakang tak sempatlah mereka nak salam. Dia faham no, tak macam depa. Keseronokan berkerja tak semestinya naik pangkat (cuma salah satu) yang penting suasana kerja yang baik dan layanan saksama untuk wargkerja.

Pelan Jalan ke TIBLA > Enter
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bersama Raja Dr. Nazrin

Tiada ulasan: