Jumaat, 2 Mei 2008

NOSTALGIA DI UK

Bertolak dari Subang Airport pada Ahad 11 Mei 1997 pada pukul 11 pagi (waktu tempatan). Isteri anak-anak, bapa mertua anak saudara telah menghantar saya ke Subang, mereka menunggu sehingga kapal terbang berlepas. Perjalanan terus dari Subang ke Heathrow Airport London memakan masa selama 8 jam. Saya dapat duduk di Busines class, inilah kali pertama saya dapat menaiki kapal terbang.

Saya sampai di terminal 3 Heathrow Airport pada 11 Mei hari yang sama jam 5.15 petang (waktu UK). Dr. KD Jakson telah siap menunggu dengan sepanduk RRIM. Cuaca disini sangat sejok sehingga menyusuk ke tulang, maklumlah kali pertama sampai di benua Eropah. Saya terus dibawa ke tempat penginapan saya di Hale Court Hertford. No.6 Hale Court Hale Road jam 7.00 petang (waktu UK) masa ini waktu siang panjang (5 pagi - 8.00 petang).

Tiada ulasan: